Setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu perkara yang mereka takuti atau fobia dalam hidup. Selebriti juga tidak terkecuali.
Fobia adalah satu bentuk ketakutan atau kebimbangan melampau yang dicetuskan oleh situasi atau objek tertentu. Sesetengah orang berasa takut dengan sesuatu yang umum seperti tempat tinggi. Bagaimanapun ada juga yang mengalami fobia aneh seperti meremang apabila melihat sesuatu objek yang mempunyai banyak lubang.
Selama bertahun-tahun, ramai selebriti terbuka bercakap mengenai perkara yang menakutkan mereka termasuk kumpulan K-Pop kesayangan ramai, BTS. Kebanyakannya tidak mengejutkan manakala sesetengahnya dianggap aneh. Ada juga yang mengundang simpati netizen kerana tercetus daripada trauma zaman kanak-kanak.