Hanez Suraya kini dikhabarkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Romie Razin Adilha Abd Rais.
Namun Hanez dikatakan tidak menghadirkan diri di mahkamah, tetapi hanya menghantar peguamnya. Sebenarnya pasangan ini telah digembar-gemburkan mempunyai masalah rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.
Tetapi mereka cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang baik dengan bercuti di Jepun baru-baru ini. Sebelum ini Hanez pernah menyatakan yang dia mahu kembali aktif sebagai seorang pelakon, tetapi dilarang oleh suaminya.
Setakat ini, Hanez masih belum memberikan penjelasan mengenai perkara ini. Hanez dan Romie berkahwin pada tahun 2015. Diharapkan semua baik-baik sahaja buat pasangan yang sudah dikurniakan dengan seorang anak, Putri Aleesya.