Baru setahun jagung bergelar penyanyi, perjalanan kerjaya Iman Troye dalam industri seni dilihat begitu lancar.
Walaupun masih muda, bakat Iman diakui dengan persembahan cemerlang dan karya lebih segar sehingga berjaya menarik perhatian peminat muzik.
Terbaharu, dia mencipta rekod apabila video muzik terbaharunya yang berjudul Nang mencapai satu juta tontonan selepas enam hari dimuat naik di YouTube.
Pencapaian ini mengulangi kejayaannya mencipta rekod yang sama buat dua lagu sebelum ini, Teman dan Pejam Celik Hari Raya yang turut meraih satu juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu selepas dilancarkan.