Perkara itu disahkan oleh agensi pengurusannya, EDAM Entertainment menerusi satu kenyataan.
“IU menyumbang separuh daripada jumlah itu kepada pesakit kanser manakala sebahagian lagi kepada kanak-kanak yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.”
Sebahagian daripada sumbangan akan digunakan oleh ChildFund Korea bagi pihak keluarga berpendapatan rendah untuk menampung bil elektrik dan mendapatkan pakaian tebal untuk musim sejuk.
Ia juga akan digunakan sebagai bantuan biasiswa buat kanak-kanak dan belia yang dibesarkan oleh datuk nenek mereka. Sebahagian lagi akan disalurkan kepada Hospital ASAN Seoul untuk membiayai kos rawatan dan pembedahan buat wanita dan kanak yang menghidap kanser.