Bintang Savages itu dilaporkan telah menjalani penggambaran sebagai perisik dalam beberapa babak baru-baru ini, termasuk menggunakan senjata ikonik James Bond.
“Aaron menjalani uji bakat untuk penyandang watak Bond yang seterusnya pada September lalu, dan Barbara menyukainya. Dia kini dalam senarai teratas,” jelas satu sumber kepada The Sun pada November lalu.
“Dia telah membuatkan penerbit kagum sehingga diberi peluang merakamkan babak aksi terkenal bersama pistol ikonik, seperti yang dilakukan oleh semua aktor James Bond.
“Itu membawanya selangkah lebih dekat untuk menandatangani perjanjian sebagai Ejen 007. Penerbit benar-benar kagum dengan mutu lakonan dan pengalamannya berlakon dalam filem aksi hebat,” tambah sumber.