Oleh: Farhana Fuad
Gambar: MTV Asia
Jason Derulo disahkan oleh MTV Asia bakal membuat persembahan secara langsung di pentas MTV World Stage 2015 nanti. Superstar terkenal antarabangsa ini buat julung kalinya akan beraksi di pada 12 September bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, turut serta bersama line-up lain iaitu Carly Rae Jepsen, kumpulan K-POP wanita, Apink serta kumpulan hangat dari Jepun, SEKAI NO OWARI.
Gambar: TPGimages
“Dari Isle of MTV Malta ke MTV World Stage Malaysia pada musim panas ini… saya sedang menikmati perjalanan saya dengan MTV dan teruja sekali untuk bergembira dengan peminat saya dan berkongsi muzik terbaru saya.” ujar Jason Derulo.
Menurut Paras Sharma, Naib Presiden, MTV & Media Digital, Viacom Internation Media Networks Asia , dengan pengesahan Derulo untuk beraksi di pentas MTV World Stage, mereka berasa teruja untuk membentangkan satu lagi barisan yang pemuzik yang kukuh tahun ini. Pastinya persoalan mengenai siapa di kalangan bakat tempatan yang bakal muncul sebagai #MostWanted Malaysia bagi peringkat MTV ini adalah yang mendebarkan bagi peminat-peminat di Malaysia. Ianya bakal diumumkan tidak lama lagi.
Gambar: TPGimages
Pertama kali Derulo mula meningkat naik apabila dia memecahkan rekod dengan debut single ‘Whatcha Say’ yang dijual lebih lima juta muat turun digital di Amerika Syarikat sahaja. Jason Derulo yang juga merangkap penyanyi, penulis lagu dan penari ini terus memecahkan rekod dan mengesahkan statusnya sebagai salah satu artis yang paling berjaya di dunia dalam tempoh lima tahun, setelah menerima anugerah dan pencalonan yang tidak terkira banyaknya, termasuk lima BMI Pop Music Awars sejak dia meningkat naik dari permulaan beliau menulis lagu untuk Lil Wayne, Pitbull, Diddy dan Sean Kingston.
Jom tonton muzik video lagu hit terkini Jason Derulo untuk hangatkan lagi debaran menanti superstar ini beraksi secara langsung tidak lama lagi.