Barisan Pelakon Deadpool 3 Selain Jennifer Garner
Di bawah arahan Shawn Levy, Deadpool 3 bakal menyatukan semula Jennifer Garner dengan Ryan Reynolds melalui peranan adiwira masing-masing. Mereka bekerjasama buat kali pertama pada 2022 menerusi filem terbitan Netflix, The Adam Project. Filem Deadpool 3 yang ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick menjanjikan lawak kasar dan subservif, elemen yang menjadikan dua filem sebelum ini berjaya.
Matthew Macfadyen yang terkenal dengan peranannya dalam Succession akan turut membuat kemunculan pertama dalam filem ini. Barisan pelakon lain yang akan kembali termasuk Morena Baccarin, Karan Soni, Brianna Hildebrand dan Leslie Uggams. Buat kali pertama dalam sejarah, Marvel Studios mengambil pendekatan berani dengan menampilkan klasifikasi ‘R’ untuk filem terbaru ini.

Kemunculan Jennifer Garner dalam Deadpool 3 adalah perkembangan mengujakan buat peminat watak Elektra dan Marvel secara keseluruhan. Dengan kemunculan semula Hugh Jackman sebagai Wolverine dan kemungkinan tidak dijangka dalam filem itu, ia menjanjikan pengalaman sinematik yang tidak akan dapat dilupakan peminat. Deadpool 3 bakal ditayangkan di layar perak pada 3 Mei 2024.
Baca: Peranan Sydney Sweeney Dalam Filem Adi Wira Madame Web