Rekod Dunia Jimin, Jungkook & BTS
Sebelum dipintas Jimin, Jungkook mengatasi rekod satu bilion strim yang dipegang Lisa Blackpink menerusi lagu Stay Alive. Tidak lupa juga Left and Right (duet bersama Charlie Puth, termasuk dua remix dan satu versi instrumental) serta runut bunyi Piala Dunia FIFA 2022, Dreamers.

Sementara itu BTS terus memecah rekod walaupun tidak menghasilkan muzik pada 2023. Lagu-lagu mereka berjaya meraih 31,960,000,000 pada 3 Mac, menjadikan mereka kumpulan lelaki paling banyak distrim di Spotify. Tahun ini mereka turut mencatat tiga rekod sebagai kumpulan muzik paling banyak diikuti di Instagram, Twitter dan TikTok.
BTS telah pun memegang rekod untuk video muzik YouTube paling banyak ditonton dalam masa 24 jam, lagu paling banyak distrim di Spotify dalam 24 jam pertama, dan menjadi artis K-pop pertama menjuarai carta album Amerika Syarikat.