Spotify merupakan platform penstriman terbesar di dunia yang mempengaruhi kedudukan muzik dalam carta utama, seperti carta lagu dan album Billboard di Amerika Syarikat, yang merupakan pasaran muzik terbesar di dunia.
Disebabkan itu, mencapai kejayaan dengan mencipta rekod baharu di platform itu sememangnya sesuatu yang boleh dibanggakan, sama ada oleh artis mahupun peminat.
Di Spotify, Set Me Free Pt. 2 debut di kedudukan ke-6 dalam carta Global Daily Top Songs dengan lebih 4.8 juta penstriman dan tangga ke-39 dengan lebih 600,000 penstriman dalam carta Daily Top Songs di Amerika.