Dua hari lalu tular sebuah video yang menunjukkan Justin Bieber menjerkah isterinya, Hailey Baldwin selepas menghadiri sebuah parti anjuran Kendall Jenner.
Video tersebut jelas menampakkan kemarahan penyanyi itu terhadap Hailey. Ekspresi wajahnya kelihatan bengis, tegang dan tertekan.
Walaupun video itu menunjukkan dia berteriak, namun tiada audio jelas untuk membuktikan bahawa dia benar-benar menengking isterinya di hadapan orang ramai.
Perbuatannya itu dengan pantas menjadi buah mulut peminat di media sosial. Rata-ratanya memihak atau cuba memahami situasi di sebalik tingkah laku penyanyi itu.