Seorang peminat berpendapat Justin dilihat seperti menyesali sesuatu perkara, dan seorang lagi mengatakan dia sekadar menjelaskan sesuatu kepada Hailey dengan penuh perasaan.
Video tersebut dirakam pada jam dua pagi selepas tamatnya parti anjuran Kendall untuk meraikan jenama minuman beralkohol miliknya.
Sebelum itu, Justin dan Hailey dirakam berada di sebuah kelab malam yang baru dibuka di Las Vegas dalam keadaan mesra dan bergelak ketawa.
Penyanyi itu juga dikatakan dalam mood gembira sehinggakan dia tampil di atas pentas dan menawarkan diri untuk menyanyikan beberapa lagu demi menghiburkan tetamu.