Penyanyi dan pencipta lagu, Justin Timberlake dilihat lantang menyuarakan sokongannya terhadap #FreeBritney.
Berikutan pendedahan beremosi Britney dalam perbicaraan mahkamah mengenai konservatorinya selama 13 tahun, Justin Timberlake tampil di media sosial untuk membela penyanyi itu.
Sewaktu perbicaraan atas talian yang berlangsung selama 24 minit, pelantun lagu Toxic itu mendedahkan dia berbohong kepada dunia selama bertahun-tahun mengenai kesejahteraan emosinya dengan mengatakan dirinya ‘okey’.
Dia turut menggambarkan undang-undang konservatori terhadap kehidupan peribadi dan profesionalnya sebagai satu bentuk penderaan.