“Selepas apa yang kita lihat hari ini, kita semua harus menyokong Britney pada waktu-waktu sebegini. Tidak kira apa yang berlaku di masa lalu, baik dan buruk, dan tidak kira walau berapa lama pun ia telah berlaku… Apa yang dilaluinya tidak boleh diterima. Setiap wanita tidak seharusnya dihalang membuat keputusan mengenai tubuhnya sendiri,” tulisnya di Twitter.
Kenyataan Justin merujuk kepada pendedahan Britney mengenai kelakuan bapa dan pasukan pengurusan yang menghalangnya daripada berkahwin dan menimang cahaya mata bersama teman lelaki, Sam Asghari.
Lebih mengejutkan, dia dipaksa merancang kehamilan menggunakan IUD (intauterine device) dan dilarang bertemu doktor untuk mengeluarkan alatan tersebut.