“Tidak ada seorang pun yang patut diperlakukan bertentangan dengan kehendaknya, atau perlu meminta izin untuk mendapatkan akses terhadap hasil kerja kerasnya sendiri,” tambah Justin.
Penyanyi ini berkata, dia dan isterinya, pelakon Jessica Biel akan sentiasa memberi sokongan padu dan berharap keadilan akan berpihak kepada Britney, seterusnya membebaskannya daripada konservatori.
“Saya dan Jess mengirimkan sokongan mutlak kepada Britney di saat begini. Kami berharap pihak mahkamah dan keluarganya memperbetulkan kesilapan ini dan membiarkan dia hidup dengan caranya sendiri.”
Foto: New York Daily News/Archive/Getty Images