Seorang demi seorang selebriti menamatkan zaman bujang kebelakangan ini, terbaharu adalah pasangan popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Semalam, Uqasha dan Kamal membuat kejutan dengan mengumumkan berita pernikahan mereka yang berlangsung November lalu sekali gus mengakhiri spekulasi perkahwinan yang bertebaran baru-baru ini.
“Alhamdulillah selepas beberapa kali tangguh sejak Jun lalu iaitu tarikh sebenar penikahan dan majlis resepsi, kami akhirnya selamat diijab kabul sebagai suami isteri.
“Kami terpaksa mengehadkan jumlah tetamu pada majlis pernikahan demi mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan. Apapun kami bersyukur kerana segala urusan ke arah membina masjid ini dipermudahkan,” jelas Uqasha.