Jelas pasangan ini, keputusan mereka bernikah secara tertutup bukanlah untuk merahsiakan daripada peminat tetapi demi menyegerakan perkara wajib kala berdepan dengan situasi semasa pandemik Covid-19.
Majlis pernikahan mereka yang bertemakan taman berlangsung pada 5 November lalu di Janda Paik, Pahang dan hanya dihadiri oleh 100 tetamu.
Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Uqasha, Nik Sen Mat Ripin dikelilingi sanak saudara dan kenalan rapat termasuk Datin Nina Juren, Idayu dan Michael Ang.
Uqasha tampil bagaikan bidadari dalam persalinan serba putih rekaan Shanell Harun di samping Kamal yang segak menyarung baju Melayu sedondon.