Mereka turut menyarung persalinan songket klasik rekaan Rizman Ruzaini dan diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu.
Pasangan pengantin baharu ini merancang untuk berbulan madu dengan mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
“Kami mahu mengerjakan umrah pada 23 Disember ini kerana ia merupakan salah satu impian saya untuk kembali ke Mekah bersama suami pula.
“Insya-Allah, Kamal pun belum pernah ke Mekah jadi saya mahu menjadi orang pertama membawanya ke Tanah Suci,” kata Uqasha.
Foto: Instagram/Shanell Harun/Rizman Ruzaini
Baca: Beri Petunjuk Di Instagram, Kamal Adli dan Uqasha Senrose Bakal Naik Pelamin?