Sejak berpisah dengan Kim, Kanye dikatakan menjalin hubungan dengan beberapa wanita sekadar untuk berseronok.
Jun lalu dia dirakam menikmati percutian romantis bersama supermodel Irina Shayk di butik hotel mewah, Villa La Coste, Perancis. Kanye dikatakan menyewa keseluruhan hotel selama tiga malam untuk mengelakkan diri mereka menjadi perhatian.
Beberapa bulan kemudian dia dikaitkan pula dengan model bernama Vinetria sebelum berita perpisahan mereka dilaporkan portal TMZ Disember lalu.