Ketiadaan umum Kate Middleton, Puteri Wales, semakin membimbangkan khusus berita mengenainya semakin ‘berbelit’ tanpa sebarang penafian mahupun kesasihan.
Walaupun Istana Kensington berkata pembedahan perutnya pada bulan Januari telah dirancang dan menyatakan dia akan ‘berehat’ dari pandangan umum hingga Mac, beberapa butiran luar biasa seperti gambar AI,maklumat perubatan yang mencurigakan, serta kemas kini yang tidak teratur daripada keluarga diraja Britain – telah menimbulkan pelbagai spekulasi orang ramai.
Spekulasi berkaitan Kate Middleton yang masih menjadi tanda tanya:
1. Kate Middleton hamil anak luar nikah?
Tular di laman sosial TikTok, Kate dikatakan mengandung anak luar nikah hasil bersama bekas kekasih adiknya, Pippa – Thomas Kingston yang baru meninggal dunia 2 minggu sebelum berita kehilangan Kate.
Kematian yang tidak dinyatakan mengapa, rakyat ber-pra sangka bahawa Kate kemungkinan dihukum dan Thomas digantung mati kerana melakukan hubungan terlarang sehingga melahirkan anak. Kerana Kate kini dikatakan sedang menjalani pembedahan perut di kawasan terpencil kampung Inggeris.
2. Putera William punyai kekasih gelap?
Like father, like son. Itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi Putera William dan Rose Hanbury yang kini dikatakan mengadakan hubungan terlarang.
Walaupun berita ‘tidak sahih’ ini berterbaran di laman sosial, Putera William tidak mengiyakan mahupun menafikan berita tersebut. Spekulasi ini membawa kepada ‘Adakah Kate menghilangkan diri kerana sikap Putera William yang sama nasib dengan Puteri Diana sebelum ini?’
3. Gambar kontroversi AI Middleton dengan anakanda
Teori mengenai kesihatan Middleton juga mencapai tahap bimbang oleh rakyatnya sendiri, apabila gambar keluarga yang telah didokumentasikan dikeluarkan, mendorong permintaan jelas segera daripada Middleton sendiri.
Sumber yang rapat dengan situasi itu menyatakan “Sesuatu yang sangat tidak kena,” kata sumber itu kepada The Post. Kerana, terdapat banyak bahagian suntingan AI yang meragukan dan kelihatan kepala Kate besar dari badannya sendiri.