Sebelas tahun bergelar kerabat Diraja Britain, Kate Middleton dikatakan bakal mencipta sejarah tersendiri.
Media Britain melaporkan Kate bakal mengambil alih gelaran kehormat Colonel of the Grenadier Guards yang sebelum ini dipegang oleh Putera Andrew.
Gelaran ketenteraan itu dilucutkan oleh Ratu Elizabeth II baru-baru ini selepas putera itu dikaitkan dengan skandal serangan seksual selama bertahun-tahun.