Kate mencuri perhatian hadirin dengan menyarung gaun blazer berwarna putih rekaan Alexander McQueen bersama topi dalam rona sama.
Dia menyempurnakan gayanya hari itu dengan anting-anting berlian bertatahkan batu nilam biru milik Puteri Diana yang menyamai cincin pertunangan milik mereka.
Menurut US Weekly, penampilan Kate menyerupai persalinan yang digayakan mendiang pada tahun 1991.
