1. Logan Paul
Influencer paling popular di internet mungkin juga merupakan yang paling banyak kontroversi. Logan Paul yang mencipta nama menerusi Vines sama seperti adiknya, Jake Paul menggemparkan YouTube dengan 22 juta pengikut. Daripada hampir menjadi pesaing Floyd Mayweather di gelanggang tinju sehingga menjadi pengumpul kad Pokemon yang berjaya, boleh dikatakan dia mencuba hampir semuanya. Pada 2018, dia berhadapan dengan kecaman apabila memuat naik vlog yang memaparkan mayat mangsa bunuh diri di Suicide Forest, Jepun dan menghilangkan diri tidak lama kemudian.
Selepas dua tahun, Paul melancarkan jenama sendiri, Maverick dan podcast ImPaulsive yang menemu bual personaliti terkenal antaranya Alex Jones, Tekashi 6IX9INE dan Mike Tyson. Paul dikenali oleh 30.6% peserta tinjauan dan majoriti tidak menyukainya, iaitu sebanyak 60.8%. Kemungkinan besar video mayat yang dimuat naiknya empat tahun lalu masih menghantui peminat. Sebanyak 13.5% yang menyukainya mungkin merupakan peminat jenama Maverick atau podcast ImPaulsive.
Foto: Richard Shotwell.Invision/AP & Vittorio Zunino Celotto/Getty Images for Prada