Kenali kumpulan baharu era K-Pop yang dipertaruhkan oleh SM Entertainment, RIIZE.
Pada 31 Julai lalu, SM Entertainment secara rasmi telah mengumumkan perancangan baharu mereka untuk menampilkan debut kumpulan lelaki seramai tujuh ahli bernama RIIZE yang bakal menggegarkan pentas K-Pop pada bulan September ini! Rata-rata peminat berteka teki siapakah ahli kumpulan yang bakal mencairkan hati mereka ini? Mungkinkah gelombang BTS bakal merundum dan kumpulan RIIZE bakal menambat hati peminat baharu? Segalanya bakal terjawab bulan September ini.
Mengapa dinamakan sebagai RIIZE?
Gabungan perkataan “RISE” (Bangkit) dan “REALIZE” (Realisasi), digabungkan menjadi nama RIIZE bermaksud “Kumpulan itu akan bangkit dan merealisasikan impian mereka bersama-sama peminat.”
Genre muzik kumpulan itu juga digambarkan sebagai “pop emosi” dan RIIZE terdiri daripada tujuh ahli terkemuka yang mempunyai kemahiran dan visual kuat yang telah dilatih selama bertahun. Menurut SM Entertainment, masing-masing ahli mempunyai ciri dan kekuatan tersendiri dan akan memulakan pengembaraan masa nyata baharu bersama-sama sebagai satu pasukan, di mana mereka akan membuka lembaran K-Pop baharu dalam sejarah muzik Korea. Menakjub bukan?
Melancarkan Instagram pendirian RIIZE secara rasmi pada 1 Ogos kelmarin, berikut adalah ahli kumpulan yang bakal menggegarkan dunia K-Pop bulan September ini: