Pelakon versatil masa kini, Cillian Murphy meraih pujian dan pengiktirafan daripada penonton untuk lakonan hebatnya dalam filem biografi Oppenheimer.
Cillian Murphy menggalas watak sebagai J Robert Oppenheimer, ahli fizik teori yang mendapat gelaran ‘Bapa Bom Atom’. Filem Christopher Nolan ini mencatat kutipan kedua tertinggi selepas filem adaptasi arahan Greta Gerwig, Barbie yang ditayangkan pada tarikh sama, 21 Julai lalu.
Seperti dijangka, penonton terpesona dengan persembahan cemerlangnya dalam menghidupkan watak yang diamanahkan. Malah sebilangan besar peminat percaya dia bakal menggondol beberapa anugerah dan penghargaan tahun ini. Kini, pelakon berusia 47 tahun itu dilaporkan sedang bersiap sedia untuk terlibat dalam projek filem seterusnya.