Selepas lapan bulan dilanda kontroversi yang menjatuhkan namanya, Kim Seon Ho bakal kembali menghiburkan peminat Julai ini.
Agensi pengurusan Salt Entertainment mengesahkan Kim Seon Ho dipilih sebagai teraju utama, Joe Simpson dalam satu pementasan bertajuk Touching The Void yang diadaptasi daripada buku biografi tahun 1988 dengan judul sama.
Teater itu berkisar tentang pergelutan mental yang dialami Joe dan rakannya, Simon Yates ketika berjuang untuk kelangsungan hidup di pergunungan Andes pada 1985. Penonton bakal disajikan dengan pengalaman menakutkan kala mereka membuat keputusan hidup dan mati.
Selain pementasan ini, terdapat juga sebuah filem dengan judul sama diterbitkan pada 2003 dan sebuah lagi teater yang dipentaskan di United Kingdom pada 2018.