Kim Seon Ho menyepikan diri dari industri hiburan Oktober tahun lalu selepas terlibat dalam kontroversi yang mencalarkan imej dan reputasinya sebagai selebriti berpengaruh di Korea Selatan.
Dia dilaporkan memaksa bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai ‘A’ untuk menggugurkan kandungan sebaik mendengar berita kehamilan tersebut dan menabur janji palsu untuk mengahwininya.
Bintang Hometown Cha-Cha-Cha itu dikatakan sanggup membayar kos pengguguran berharga RM7,000 daripada menanggung kos kelahiran yang jauh lebih mahal iaitu RM3.1 juta.
Beberapa hari selepas berita tersebut menjadi tular di media sosial, pelakon berusia 36 tahun itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kekhilafannya.