Justin Bieber dilaporkan mengakhiri ikatan persahabatannnya dengan Kanye West setelah penyanyi rap itu menyerang isterinya, Hailey Bieber di media sosial.
Satu sumber mendedahkan, pelantun lagu Peaches dan pengasas Rhode Skin itu berasakan Kanye melampaui batas dan mereka amat terluka dengan komen yang ditulisnya.
Justin sentiasa memberi sokongan padu terhadap bapa kepada empat cahaya mata itu, bagaimanapun kali ini dia perlu memihak kepada Hailey demi melindungi isterinya.