Hakikatnya Nona adalah pelopor catur wanita dan ikon paling disayangi di negara kelahirannya, Georgia. Sepanjang kerjayanya yang luar biasa, dia memenangi pelbagai kejuaraan, menewaskan beberapa pemain catur lelaki terbaik dunia, dan mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang mencapai status Grandmaster catur antarabangsa.
Siri The Queen’s Gambit yang berdasarkan novel Walter Tevi terbitan 1983 ini menjadi sensasi global apabila ditayangkan pada Oktober tahun lalu. Ia berkisar tentang Beth Harmon, gadis muda yang ditinggalkan di rumah anak yatim Kentucky pada lewat tahun 1950-an dan perjalanannya menerokai bakat luar biasa dalam permainan catur ketika bergelut dengan masalah ketagihan.
Namun fiksyen ini tidak membuatkan legenda catur sebenar berasa kagum kerana ia jelas palsu, terlalu seksis dan memperkecilkan dirinya.