Pada tahun 1968, sekitar latar belakang siri itu, Nona telah menentang kira-kira 59 pemain catur lelaki (28 daripadanya serentak dalam satu pertandingan) termasuk sekurang-kurangnya sepuluh Grandmaster ketika itu antaranya Dragolyub Velimirovich, Svetozar Gligoric, Paul Keres, Bojan Kurajica, Boris Spassky, Viswanathan Anand dan Mikhail Tal. Tiga yang terakhir juga pernah bergelar juara dunia.
“Kisah ini seharusnya memberi inspirasi kepada wanita dengan menunjukkan seorang gadis bersaing dengan lelaki dalam pertandingan catur berkelas dunia. Malangnya Netflix memalukan satu-satunya pelopor wanita yang benar-benar telah menewaskan lelaki di pentas dunia pada era tersebut,” jelas dokumen yang dikemukakan.
Netlix membidas tuduhan Nona mengatakan ia tidak berasas dan akan berjuang habis-habisan di mahkamah.
Foto: Netflix