Oleh: Hafizan Mohd./Gambar: Edmund Lee/Grooming: Emmy Agung/Pakaian: H&M/Adidas
Tampil yakin mewarnai dunia lakonan dengan bakat yang ada. Azwan Kombos mahu membuktikan bahawa dia juga mampu berdiri sebaris senior dalam bidang lakonan hari ini.
SEJAK BILA KECENDERUNGAN BERLAKON BERMULA?
Sejujurnya agak lewat kecenderungan dalam bidang ini datang. Boleh dikatakan pada usia 25 tahun.
VISI ANDA DALAM BIDANG LAKONAN?
Sudah tentu mahu menjadi yang terbaik antara yang ada dan mahukan setiap watak yang dilakonkan memberi impak buat penonton.
KEPENTINGAN GOSIP DALAM MEMBINA KERJAYA DALAM BIDANG SENI MAINSTREAM PADA PENDAPAT ANDA?
Sedikit sebanyak ia membantu namun perlu ada batas kerana jika terlebih ia akan mengganggu reputasi seseorang selebriti.
PRINSIP
Disiplin, menepati masa dan sentiasa terbuka akan kritikan.
FILEM PALING ROMANTIK PERNAH ANDA TONTON
The Great Gatsby kerana bagai saya ia memberi tafsiran sebenar apa itu cinta.
PERKARA PALING ROMANTIS PERNAH DILAKUKAN BUAT KEKASIH?
Merakam video nyanyian sendiri.
PERKARA TERBAIK SEORANG LELAKI BOLEH LAKUKAN KEPADA WANITA MENURUT ANDA?
Menikahi wanita itu.
HAL YANG ANDA TIDAK AKAN LAKUKAN UNTUK MENARIK PERHATIAN WANITA?
Memandu dengan laju mungkin boleh menarik perhatian seseorang wanita namun tidak bagi saya kerana ia menunjukkan sikap sebenar seseorang lelaki itu.
INGIN DILIHAT SEBAGAI INDIVIDU YANG BAGAIMANA?
Seorang yang tenang dan bersifat kebapaan.