Enam tahun bergelar duda, Marc Anthony akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Nadia Ferreira.
Majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Muzium Seni Perez, Miami pada hujung minggu lalu dimeriahkan oleh barisan selebriti popular dari kalangan rakan-rakan Marc termasuk David Beckham, Salma Hayek dan Lin-Manuel Miranda.
Ini merupakan perkahwinan keempat buat penyanyi Latin itu yang sebelum ini pernah bergelar suami kepada aktres Dayanara Torres (2000 – 2004), Jennifer Lopez (2004 – 2014) dan Shannon De Lima (2014 – 2017).