Koleksi foto daripada majlis perkahwinan mewah pasangan itu menunjukkan penampilan anggun pengantin perempuan dalam busana berenda rona putih rekaan Galia Lahav yang menampilkan korset nipis bersama perincian bunga.
Marc pula kelihatan segak dalam sut Christian Dior di samping David dan tokoh perniagaan Mexico, Carlos Slim yang menggalas peranan sebagai pengapit pengantin lelaki.
Kelibat bekas isterinya yang popular, Jennifer Lopez dan dua anak kembar mereka berusia 14 tahun, Emme dan Max bagaimanapun tidak kelihatan di majlis tersebut.