Selain itu dia juga dipaksa menghantar bahan narkotik menggunakan bagasi di bawah namanya.
Manson tidak memberi sebarang maklum balas mengenai tuntutan saman tersebut namun menafikan semua tuduhan serangan seksual.
Februari lalu, pelakon Evan Rachel mendedahkan dirinya menjadi mangsa penderaan emosi, pemerkosaan dan keganasan Manson selama bertahun-tahun. Malah Walters mengakui menjadi saksi salah satu kejadian mengerikan itu.
