Model, Kendall Jenner dan penyanyi rap Puerto Rico, Bad Bunny menggemparkan internet apabila dilaporkan menjalin hubungan cinta.
Laman gosip DeuxMoi yang sering mendedahkan rahsia percintaan selebriti Hollywood menulis beberapa hari lalu, “Model terkenal berstatus solo dilihat bercumbu dengan Bad Bunny di sebuah kelab malam persendirian di Los Angeles malam tadi.”
Pemilik akaun DeuxMoi kemudian menamakan wanita itu sebagai Kendall, menyatakan terdapat beberapa saksi yang melihat aksi mesra pasangan tersebut di Bird Street Club.
“Saya mempunyai saksi di tempat kejadian yang melihat Kendall berhibur di kelab,” dedahnya dalam podcast Deux U sebelum menambah, “Kendall meninggalkan kelab malam dan memasuki keretanya. Dua minit kemudian, kereta Bad Bunny pula dipandu keluar.”