Hanya selepas sehari, pasangan itu sekali lagi dilihat meluangkan masa berdua dengan menikmati makan malam romantis di Beverly Hills. Mereka kemudiannya dirakam meninggalkan restoran melalui pintu belakang secara berasingan.
Bagaimanapun khabar percintaan itu mencetuskan kekecewaan di kalangan peminat Bad Bunny yang turut meninggalkan respons negatif di akaun Instagram Kendall dan memintanya menjauhkan diri daripada pemilik nama Benito Antonio Martinez Ocasio.
“Kecewanya melihat Bad Bunny asyik bercinta dengan wanita kulit putih sahaja,” komen seorang peminat, manakala seorang lagi menambah, “Oh, Kardashian/Jenner cuba merosakkan seorang lagi selebriti terkenal. Jauhkan ‘syaitan’ itu daripada Benito!”