Walaupun dilapor sedang hangat bercinta, foto mereka sebagai pasangan kekasih masih belum berjaya dirakam paparazi sehingga kini.
Kendall yang sebelum ini menjadi bahan senda di internet kerana sering bertukar teman lelaki berpisah dengan pemain bola keranjang profesional, Devin Booker buat kali kedua pada November 2022.
Bad Bunny pula berpacaran dengan pereka barang kemas dan model Puerto Rico, Gabriela Berlingeri sejak 2017 namun terdapat ura-ura yang mengatakan mereka telah pun membawa haluan masing-masing tahun lalu.
Baca: Punca Sebenar Perpisahan Kendall Jenner & Devin Booker