MTV Video Music Awards (VMAs) 2025 kembali mencuri perhatian dunia dengan persembahan yang bukan sahaja penuh glamor, tetapi juga sarat dengan momen mengejutkan, menyentuh hati dan ikonik!
MTV Video Music Awards (VMAs) 2025 yang berlangsung di New York’s UBS Arena, Long Island pada 7 September kelmarin sekali lagi membuktikan dirinya sebagai acara muzik paling dinanti setiap tahun.
Bertemakan “Pop Culture Renaissance”, acara berprestij ini meraikan kepelbagaian suara, kreativiti tanpa batasan dan detik-detik bersejarah yang menjadi buah mulut seluruh dunia.
Lihat momen lucu, menarik dan ikonik yang berlaku sepanjang MTV Video Music Awards (VMAs) 2025 berlangsung:
Rosé BLACKPINK cipta sejarah
Rosé menjadi artis solo K-pop pertama yang memenangi Song of the Year menerusi kolaborasi “APT.” bersama Bruno Mars. Pidato emosinya buat ramai peminat tersentuh.
Mariah Carey Menang VMA Pertama
Mariah Carey akhirnya menerima Moon Person pertamanya menerusi anugerah VMA Video Vanguard Award, ps, sempat melemparkan sedikit sindiran kepada MTV. “Apa sebenarnya yang kamu tunggu selama ini?” katanya bersahaja.
Dalam persembahan medley yang merentasi kerjayanya, Carey membawakan deretan lagu ikonik termasuk “Heartbreaker,” “We Belong Together,” “Obsessed” dan “Fantasy.”
Ariana Grande Menang Video of the Year
Bintang pop Ariana Grande membawa pulang bukan satu, tetapi dua anugerah di MTV VMAs 2025!
Pertama sekali, beliau meraih kemenangan dalam kategori Best Pop dan sorakan terbesar malam itu hadir apabila bintang Wicked tersebut diumumkan sebagai pemenang Video of the Year menerusi lagu hit terbarunya, “Brighter Days Ahead.” Dalam ucapan penuh emosi, Ariana menzahirkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokongnya merentasi pelbagai medium seni daripada filem, muzik, jelajah konsert hinggalah ke teater muzikal.
Pembukaan majlis oleh Doja Cat
Doja Cat merasmikan malam MTV Awards dengan lagu “Jealous Type” ditemani saxophone legenda Kenny G, gabungan unik antara retro dan jazz moden yang bikin suasana meriah.
Reaksi mengejut Sombr
Saat diumumkan sebagai pemenang Best Alternative Track, Sombr terkejut besar hingga menyangka pengumuman itu hanyalah gurauan. Gelagatnya membuat penonton ketawa dan tersentuh pada masa sama.