Ain Edruce selamat melangsungkan majlis resepsinya Sabtu lalu bersama pasangan pilihannya, Amirul Hafiz. Dinikahkan pada hari Jumaat lalu, Ain meraikan majlis perkahwinannya dalam satu majlis resepsi yang sederhana namun meriah. Dalam gaya dekorasi serba merah, selain gaun polos rekaan Wanpa, paling mendapat perhatian ialah solekannya pada majlis resepsi.