Dior Makeup melancarkan filter Instagram dalam bentuk 3D pertamanya sempena meraikan ketibaan musim percutian. Untuk penghasilan filter ini Dior Makeup berkolaborasi dengan artis digital, Ines Alpha, yang mana kolaborasi ini menyaksikan Peter Philips, Pengarah Kreatif & Image Dior Makeup mencipta gaya solekan khusus untuk filter ini. Peter menghasilkan solekan yang cukup fun and festive yang diinspirasikan daripada Dior Makeup 2020 Holiday Collection.
Kolaborasi ini dlilihat sebagai ‘true collaboration between artist’, yang mana Peter berimaginasi dalam mencipta gaya solekan dengan menggunakan ‘Party in Colours’ palet menerusi stimulasi digital Ines Alpha.
Kata Ines, penghasilan filter ini membuatkan orang melihat bagaikan mahu menyentuh ‘solekan’ pada filter ini. Kata Peter pula, “berimaginasi dengan filter ini adalah sesuatu yang sangat meneyronokan, sekarang terpulang kepada anda untuk berseronok dengannya.”
Jom tengok video filter ini dan selepas itu anda boleh cuba!