Lima tahun dikurniakan anak pertama, kehidupan pasangan selebriti Ian Somerhalder dan Nikki Reed kini diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata kedua.
Berita kelahiran putera sulung mereka dikongsikan sendiri oleh Nikki Reed bersama peminat menerusi satu perkongsian di Instagram Story. “Minggu lalu kami mengalu-alukan kehadiran anak lelaki kami, pengalaman yang boleh digambarkan sebagai salah satu hari paling indah dalam hidup saya. Dilahirkan di rumah melalui proses bersalin dalam air dan dikelilingi begitu banyak kasih sayang, sekelip mata hati saya dipenuhi rasa bahagia.”
Pelakon Twilight itu menambah, “Seperti anda semua tahu, saya jarang berkongsi di media sosial teritama perihal anak-anak dan perkara penting dalam hidup saya. Saya mahu jadi yang pertama berkongsi berita ini supaya saya boleh mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana menghormati sempadan itu. Juga kerana menyebarkan positiviti, kebaikan dan kasih sayang.”