Selepas klip itu tersebar, agensi pengurusan BTS iaitu Big Hit Music mengesahkan khabar angin yang mencetuskan perbualan hangat di kalangan peminat.
“Berita yang menyatakan bahawa Ed Sheeran terlibat dalam penghasilan lagu baharu BTS adalah benar. Namun kami tidak akan berkongsi butiran lanjut.”
Walaupun Big Hit Music mengesahkan perkara itu, maklumat terperinci mengenai tajuk lagu mahupun album tidak didedahkan. Namun, Sheeran nampaknya tanpa sengaja memaklumlan tajuk lagu tersebut di Instagram Story pada 28 Jun lalu.