BTS bakal melancarkan CD lagu Inggeris kedua mereka, Butter pada 9 Julai ini yang akan memuatkan sebuah lagi single baharu. Ketika peminat bertanya apakah lagu BTS kegemarannya dalam satu sesi soal jawab di Instagram, Sheeran mendedahkan spoiler mengenai kolaborasi mereka.
“Lagu BTS kegemaran saya tentunya single terbaharu mereka, Permission to Dance,” katanya.
Memandangkan Permission to Dance belum pun didengarkan kepada umum, ini memberi petunjuk bahawa ia merupakan lagu baharu yang ditulis bersama penyanyi itu dan akan dimuatkan dalam CD Butter.
Menurut Big Hit Music, CD tersebut akan tampil dalam dua versi – Cream dan Peaches – yang mengandungi sebuah poster, buku foto, kad foto dan beberapa cenderamata.
Foto: Jeff Spicer/Getty Images/Cindy Ord/WireImage/Cheatsheet