Minggu lalu Paris Hilton telah dilamar oleh teman lelakinya Chris Zylka yang cukup romantis dengan memberikannya sebentuk cincin bernilai USD2 juta. Kali ini, bintang popular ini menyatakan yang mereka bakal mengadakan tiga resepsi berbeza.
Jika anda terlepas berita ini, Chris melamar Paris sewaktu mereka meluangkan masa bersama di pergunungan Aspen yang romantik dengan sebentuk cincin yang cukup memberikan senyuman lebar buat bintang itu.
Page Six mengulas melalui satu temubual di Golden Globes baru-baru ini Paris kini sedang merancang majlis perkahwinan besar-besaran untuk meraikan cintanya bersama Chris dan ini termasuklah sekurang-kurangnya tiga majlis perkahwinan. Tambahan lagi perkahwinan itu bakal diadakan tidak lama lagi.
“For my 21st birthday I had five parties, so maybe for the wedding I’ll have a European one, an American one, one for everyone around the world,” ujar Paris dalam temubual tersebut.
Dalam temubual itu juga mereka telah ditanya bagaimana mereka tahu antara satu sama lain akan bersama dan mereka menjawab mereka adalah “the one“.
“She’s my best friend, she’s the most gorgeous thing on the planet — as you can see — and she’s one of the strongest women that I know,” jawab Chris.
Sumber : Glam.my