“Inspirasi keseluruhan kami adalah kecantikan abadi. Kami mahu Paris tampil segar dan chic. Gaun yang disarungnya sudah sempurna, jadi kami memilih gaya glamor yang ringkas agar tidak keterlaluan,” jelas Eduardo.
Namun gaun Oscar de la Renta itu bukan satu-satunya persalinan yang digayakan Paris. Bintang The Simple Life ini turut menyarung tiga lagi gaun putih pada hari yang sama.