Menyifatkan momen tersebut sebagai ‘lamaran di syurga’, Paris turut berkongsi lebih banyak foto dan butiran mengenai cincin pertunangan di laman web miliknya. Dia menerangkan, cincin yang mampu ‘menyala’ dari dalam itu adalah hasil rekaan Jean Dousset, cicit kepada Cartier.
Cincin unik tersebut diinspirasikan daripada kota Paris dan dibingkai oleh bentuk yang menyerupai kubah siling kaca Grand Palais, sebuah dewan pameran dan muzium yang terletak di Champs-Élysées.
Apeksha Kothari, ketua pegawai operasi Rare Carat menjelaskan cincin pertunangan itu dilihat mempunyai berlian potongan-zamrud 10-karat dengan dua berlian potongan-shield di sisi. Ia dianggarkan bernilai RM4 juta.
Di sekitar berlian, di atas pendakap dan di dasar kepala cincin terdapat taburan berlian halus yang memberi kilauan tambahan dan penampilan classy. Kothari menambah, cincin Paris ini boleh disamakan dengan cincin pertunangan Elizabeth Taylor yang terkenal, pemberian bekas suaminya Richard Burton.
Estate Diamond Jewelry pula berpendapat cincin berilhamkan Art Deco itu kelihatan seperti berlian potongan zamrud 22-karat yang diapit berlian potongan-trapezoid 3-karat pada setiap sisi, dengan anggaran harga melebihi RM10 juta.
Foto: Parishilton