Akhirnya malam parti #EHTOP20 telah berlangsung dengan meriah dan cukup lit dengan mengangkat tema Denim Unleashed untuk acara kali ini. Diadakan di Pitt Club Kuala Lumpur sebagai lokasi rasmi, parti tahunan EH! ini diadakan untuk memberi pengiktirafan buat 20 selebriti tempatan tidak kira yang lama mahupun baru yang dilihat paling ‘in’ sepanjang tahun 2023 ini.
#EHTOP20 sering sahaja berubah arah dalam senarainya. Dan tahun ini dalam menuju keraian ulang tahun ke-25 tahun hadapan, kami satukan wajah segar bersama figura yang sudah mengumpul pengalaman dan membuktikan kredibiliti di persada kerjaya masing-masing.
Figura yang menghiasi #EHTOP20 kali ini hadir dari pelbagai latar belakang yang menjadikan mereka berada di pentas hiburan industri sekarang ini. Dari yang mempunyai lontaran suara yang megah di susur radio, lakonan mantap di layar kaca mahupun perak, ke semua selebriti ini sememangnya yang paling hangat untuk EH! pada tahun ini.
Tajaan bersama dari label fesyen antarabangsa, LEE dan Schwarzkopf Professional OSiS+ serta rakan media, Astro Gempak, setiap 20 selebriti yang mewarnai Parti #EHTOP20 2023 ini semua bergaya cukup lit dan havoc.
Di acara #EHTOP20 kali ini, nyata ia satu malam yang cukup havoc dengan banjiran selebriti tidak kira selebriti EH! TOP 20 sendiri mahupun selebriti undangan yang memeriahkan lagi acara pada malam itu.
Untuk EH! TOP 20 tahun ini, ia turut meriah dengan empat persembahan selebriti antaranya, dari kumpulan penyanyi terkenal tanah air iaitu Dolla, yang membuat persembahan pembukaan dengan lagu Classic. Diselangkan dengan upacara penyampaian jaket denim, produk eksklusif dari LEE dihias oleh seni Graffiti buat selebriti EH! TOP 20 dan video di sebalik penggambaran isu ini, persembahan kedua adalah dari Aisha Retno yang tidak lain tidak bukan membawakan lagu hitnya, ‘Sutera’.
Parti ini dihangatkan lagi dengan persembahan ketiga iaitu dari Nadeera Zaini dengan lontaran merdu yang menggegarkan pentas EH! TOP 20 dengan lagunya yang berjudul ‘Emas’.
Persembahan ke-4 menambah lebih keterujaan ramai pabila Saixse yang pertama kalinya mempersembahkan single terbaharunya yang berjudul ‘Malampagi’ dengan lit sebagai penutup tirai.
Lebih dari 200 orang tetamu jemputan termasuklah selebriti, personaliti, influencer, rakan media, serta tidak lupa 10 orang pembaca bertuah yang mendapat jemputan eksklusif ke parti ini tidak hanya terhibur dengan sepanjang acara malam EH! TOP 20, malah juga berkesempatan membawa pulang goodie bag yang dipenuhi dengan barangan dari LEE dan Schwarzkopf Professional OSiS+.
Dihoskan oleh Isha Norsham parti EH! TOP 20 turut menerima sokongan dari rakan media, Astro Gempak. EH! mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang hadir dalam memeriahkan lagi parti ini.