Filem romantik Indonesia sememangnya telah mendapat populariti yang besar di kalangan peminat, menjadikan ia salah satu genre yang paling diminati ramai. Jadi, tidak hairanlah jika filem romantik Indonesia Ini banyak mendominasi box office dalam industri perfileman Indonesia.
Tidak hanya menumpukan pada kisah cinta semata, tetapi ia juga meneroka tema seperti persahabatan, pengorbanan dan keluarga. Kisah cinta yang disajikan dalam filem-filem ini sering kali mencerminkan realiti kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh pasangan dan keseimbangan antara momen serius dan komedi, menciptakan pengalaman menonton yang serba lengkap, menjadikannya penting untuk membawa anda mengimbas kembali kenangan percintaan zaman sekolah.
1. Ada Apa Dengan Cinta
Filem Ada Apa dengan Cinta adalah sebuah filem romantik Indonesia arahan Rudi Soedjarwo dan ditayangkan buat pertama kali pada 7 Februari 2002, mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura. Filem ini dianggap sebagai salah satu filem romantik Indonesia terbaik sepanjang zaman, mengisahkan pencintaan remaja sekolah di antara Cinta dan Rangga. Filem ini mengambil masa 14 tahun untuk membuatkan kemunculan keduanya yang ditayangkan pada 2016.
2. Eiffel I’m In Love
Filem romcom ini mengisahkan tentang pencintaan remaja yang dibintangi oleh Samuel Rizal dan Shandy Aulia sebagai watak utama. Filem ini mengisahkan Tita, yang berasal dari keluarga yang protective, tetapi segalanya berubah apabila rakan baik ibu dan ayah Tita dari Perancis melawat mereka di Jakarta. Pertemuan Tita dan Adit benar-benar menggoncang kehidupan Tita, dan bait-bait cinta mula muncul antara mereka.
3. Dilan 1990
Dilan 1990 ialah sebuah filem romantik Indonesia yang popular di kalangan remaja. Diarahkan oleh Fajar Bustomi dan Pidi Baiq. Ia merupakan adaptasi dari buku Dilan: Dia adalah Dilanku Tahun 1990 oleh Pidi Baiq yang menampilkan Iqbaal Ramadhan dan Vanesha Prescilla sebagai bintang utama. Filem ini sangat popular kerana sıkap romantis Dilan sehingga mempunyai 4 sekuel yang wajib anda tonton.
4. Teman Tapi Menikah
Teman Tapi Menikah merupakan filem yang berkisahkan persahabatan dan cinta remaja. Apa yang menarik adalah, ia sebenarnya berdasarkan kisah benar dari buku Ayudia Bing Slamet dan Ditto Percussion. Dimana mereka merupakan rakan di sekolah, tetapi kemudian mereka berakhir dengan hubungan yang serius apabila persahabatan yang terjalin hampir 12 tahun akhirnya berubah apabila mereka memutuskan untuk menikah.
5. Dignitate
Filem arahan Fajar Nugros ini berdasarkan Wattpad karya Hana Margaretha dan dibintangi oleh Al Ghazali dan Caitlin Halderman. Ia mengisahkan kehidupan Alfi, seorang pelajar pintar dan suka menyendiri dan Alana, yang merupakan pelajar baru di sekolah tersebut. Perkenalan mereka pada awalnya tidak mudah kerana keperibadian Alfi yang dingin tetapi akhirnya, mereka sedar perasaan romantik mula timbul di antara mereka.
6. After Met You
Mengisahkan tentang remaja yang berhadapan dengan cinta segitiga, drama keluarga dan pertaruhan yang dibuat dengan rakan. Ari watak utama ialah DJ yang sangat tampan di sekolah telah membuatkan taruhan bersama rakannya untuk memikat hati gadis pendiam dan pintar di sekolah mereka iaitu Ara. Tanpa sengaja, Ara adalah anak kepada penerbit label muzik yang menyokong kerjayanya membuatkan dia berada di dalam kesempitan untuk meneruskan taruhannya.
7. Mariposa
Filem Mariposa, yang menampilkan gandingan Zara Adhisty dan Angga Yunanda, ini merupakan adaptasi dari sebuah buku. Mengisahkan Acha dan Iqbal, yang kedua-duanya merupakan pelajar sekolah menengah yang pandai. Acha yang merupakanseorang gadis yang periang yang memiliki perasaan terhadap Iqbal. Manakala, sikap Iqbal yang acuh tak acuh dan pendiam, menjadikan kisah cinta ini menarik untuk ditonton.
Artikel Berkaitan: 5 Filem Terbaik Ario Bayu Menurut Rotten Tomatoes