Tindakan kritikan peminat itu membuatkan Ariana Grande menggunakan TikTok untuk berkongsi pengakuan tiga minit tentang tubuhnya dan kesihatan mentalnya.
Ariana Grande mengatakan, “Saya tidak selalu melakukan ini (memberi perhatian kepada kritikkan peminat). Saya tidak suka dan saya tidak mahir,” katanya terus kepada kamera TikTok. “Tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang bimbang akan penampilan badan saya. Namun ingin bercakap sedikit tentang apa yang dimaksudkan untuk menjadi seorang yang mempunyai masalah tubuh badan kurus.”
“Saya fikir kita boleh menjadi seorang yang lebih baik dan kurangkan tabiat mengulas mengenai tubuh orang lain,” kata Ariana Grande dalam video tiga minit itu.
Tambah Grande lagi, “Jika anda fikir anda ingin mengatakan sesuatu yang baik atau berniat baik, seperti sihat, tidak sihat, besar, kecil, ini, itu, seksi atau tidak seksi — kita tidak sepatutnya melakukan ia. Kita harus berusaha untuk tidak melakukan perkara itu.”
Grande mengakhiri videonya (di atas) dengan mengingatkan peminat, “Saya fikir anda cantik tidak kira apa yang anda lalui — tidak kira berapa berat badan, tidak kira bagaimana anda suka melakukan solekan hari ini, tidak kira apa prosedur kosmetik anda. Saya rasa awak cantik dan kongsikan perasaan itu kepada orang ramai.”
Grande kini sedang bekerja keras untuk penggambaran filem adaptasi kepada muzik Broadway Wicked. Penyanyi “Thank U, Next” telah dilamar untuk memainkan watak Glinda kepada Elphaba arahan Cynthia Erivo. Hanya beberapa minggu yang lalu, mereka berdua berkongsi pandangan di belakang tabir pada projek itu di Instagram kolektif mereka, dengan kapsyen mudah yang membuatkan peminat tidak keruan menanti tarikh sekuel tersebut dikeluarkan.
Pengarah Jon M. Chu mengumumkan tahun lepas bahawa Wicked akan dibahagikan kepada dua filem pada tahun berbeza, pada 2024 dan 2025 yang bakal dijadualkan pada Krismas.
Baca: Tutup Akaun Twitter, Tindakan Ariana Grande Mencetus Tanda Tanya