Siapakah Julia Carpenter, Watak Lakonan Sydney Sweeney?
Julia Carpenter menjadi Spider-Woman tanpa disedarinya selepas dijadikan subjek eksperimen yang disangkanya sebagai kajian olahraga. Pada satu ketika, dia disuntik dengan campuran bisa labah-labah dan ekstrak tumbuhan eksotik. Disebabkan itu dia memperoleh kuasa seperti yang dimiliki Spider-Man.
Dia memainkan peranan besar dalam komik-komik sebelum ini. Ia termasuk mengambil bahagian dalam acara Secret Wars pertama malah menjadi Avenger untuk seketika. Watak lakonan Sydney Sweeney ini juga berkongsi beberapa sejarah dengan keluarga Kravinoff, setelah hampir menjadi korban untuk menghidupkan semula Kraven the Hunter. Pengalaman ini mengangkatnya menjadi Madame Web yang baru selepas kematian adi wira asal akibat luka parah. Dengan mantel baru, dia menerima kuasa telepati, prekognitif dan projeksi sukma di samping satu sisi buta.
Baca: Keanu Reeves Berkongsi Watak Adi Wira Marvel Idamannya