Selain bintang Bougainvillea itu, suaminya Harris Alif turut dijangkiti Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Intan dikhabarkan sedang hamil tujuh bulan sekali gus menjadi punca mengapa dia perlu dikuarantin di hospital. Dia turut berkongsi video di Instagram Story yang menunjukkan dirinya berada di dalam sebuah ambulans.
“Alhamdulillah, semuanya okey. Intan perlu ke hospital kerana dia hamil. Jika positif dan tidak hamil, dia boleh kuarantin bersama saya di rumah,” kata Harris.
